kalau berpacaran

Wednesday, July 29, 2009

PENULARAN KES H1N1

Dewasa ini,penularan wabak H1N1 atau juga dikenali sebagai selesema babi semakin menjadi-jadi.Pada mulanya kes ini tidaklah seteruk mana kerana kes ini tidak merebak di dalam negara kita tetapi hanya merebak di negara-negara luar sahaja seperti Amerika,Vietnam,London dan lain-lain.Namun disebabkan pelancong-pelancong dari negara luar datang ke Malaysia dan juga rakyat negara kita yang pergi melawat ke negara-negara luar,maka virus H1N1 ini mulalah menular masuk ke dalam negara kita.Apabila virus ini mula menular masuk ke dalam negara kita,maka jadilah satu fenomena baru di Malaysia iaitu penutupan beberapa buah institusi pendidikan di negara kita seperti penutupan sekolah-sekolah di sekitar lembah klang dan beberapa buah institusi pengajian tinggi awam(IPTA).Penutupan beberapa buah institusi pendidikan di negara kita ini dilakukan kerana salah seorang daripada pelajarnya telah dijangkiti H1N1 dan ini menyebabkan pelajar-pelajar lain juga perlu berwaspada daripada dijangkiti virus berkenaan.Dengan itu,pelajar-pelajar yang terlibat perlulah dikuarantinkan untuk beberapa hari sehingga sembuh daripada virus H1N1.Langkah ini seharusnya disokong oleh semua pihak walaupun mempunyai kebaikan dan keburukannya kerana "mencegah itu lebih baik daripada mengubati".Apakah pendapat anda??

No comments:

Post a Comment