kalau berpacaran

Tuesday, September 18, 2012

SENI LAKON AWALAN


Fenomena Filem Ombak Rindu....


Filem Ombak Rindu yang menemui penonton pada 1 Disember 2011 telah mencetuskan fenomenanya yang tersendiri di Malaysia.Dengan berbekalkan pelakon yang tidak dapat lagi disangkal bakat lakonannya iaitu Aaron Aziz sebagai Haris,Maya Karin sebagai Izzah,Lisa Surihani sebagai Mila,Bront Palarre dan ramai lagi amat menyentuh jiwa emosi ramai penonton di Malaysia.Cerita ini telah diadaptasikan dari novel karya Fauziah Ashari dan di arahkan filemnya oleh Osman Ali.Cerita ini telah berjaya mencapai gelaran box office dengan kutipannya hampir RM 10 juta.Jika dikaji semula cerita ini ada pro dan kontranya yang tersendiri.Sinopsis cerita ini bermula dengan Watak Izzah yang merupakan seorang ustazah yang mengajar kanak-kanak dikampungnya mengaji Al-Quran.Bagi mencari  pekerjaan yang tetap bagi menampung kehidupan keluarganya yang susah,Izzah telah mengikut bapa saudaranya ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan yang halal,tetapi malangnya Izzah telah dilacurkan oleh bapa saundaranya sendiri di kelab malam dan Haris (Aaron Aziz) merupakan salah seorang pelanggan Izzah.Bagi menutup malu,Izzah meminta Haris mengahwininya,namun Haris tetap dengan pendiriannya yang hanya mahu menjadikan Izzah sebagai perempuan simpanan.Akhirnya Haris telah mengahwini Izzah di Thailand dan mereka hidup sebagai suami  isteri yang sah walupun tanpa pengetahuan keluarga.Konflik cerita ini bermula apabila Mila(Lisa Surihani) kekasih kepada Haris telah pulang ke Malaysia sebagai artis popular dan ingin mengahwininya tetapi Haris tidak mahu mengahwininya kerana dia telah mengahwini Izzah dan hidup bahagia sebagai suami isteri.Dipendekkan  cerita akhirnya mereka hidup bahagia walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan daripada  keluarga dan kekasih lama.


Antara kontra cerita ini ialah rendahnya nilai kasih sayang keluarga yang mewah terhadap anak-anak mereka.Sebagai contoh Haris tidak diambil peduli aktivitinya diluar oleh ibu bapanya sehingga menjadi pelanggan pelacur di sebuah kelab malam.Selain itu adegan ranjang suami isteri tidak seharusnya dipaparkan di dalam cerita ini kerana ianya akan mempengaruhi minda penonton di bawah umur 18 tahun ke bawah terutamanya remaja bawah umur.Remaja bawah umur akan mudah terpengaruh dengan adegan seperti ini dalam kehidupan seharian mereka.Oleh itu para pembikin filem perlulah  peka terhadap unsur-unsur seperti ini untuk menjaga sensitiviti masyarakat Malaysia.Walaubagaimanapun,pujian harus diberi pada pelakon-pelakon lain yang telah menjayakan filem ini dengan jayanya seperti Aaron Aziz yang dapat membawa watak haris dengan berkesan,Maya Karin sebagai ustazah Izzah,Lisa Surihani sebagai Mila dan ramai lagi.Sehingga hari ini dialog dalam cerita ini masih boleh diingati penonton seperti "En.Haris sudikah nikahi saya kerana En.Harislah lelaki pertama yang telah menyetuhi saya","cinta itu kejam".Ini bermakna filem ini telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap penonton.Begitu juga dengan lagu tema filem ini yang telah dinyayikan oleh Hafiz dan Adira telah mendapat sambutan ramai.Bagi saya filem ini ,merupakan filem terbaik yang pernah dihasilkan di Malaysia selepas filem box office Lagenda Budak Setan.Secara keseluruhannya saya terkesima dengan watak yang dijayakan oleh Lisa Surihani sebagai Mila kerana berjaya membawakan watak antagonis dengan baik..Sesiapa yang belum tengok filem ni bolehla tgk yer ehehe dan nilailah sendiri........ni linknye....

No comments:

Post a Comment