kalau berpacaran

Tuesday, September 25, 2012

MINOR TEATER

ISNIN (10/9/2012)

Kelas pertama nie saya amat berdebar-debar..haahah maklumlah kali pertama nk masuk kelas minor teater fuh....Bila dh msk klz nie saya dan rakan2 berkenalan dgn lec En Shuradi..lec yg amat sempoi huhu best2....Mula2 En Edi mengingatkan kami supaya jgn berangan utk jd pelakon mcm Aaron Aziz dan lain2 tp kt belajar teater utk aplikasikan apabila kita menjadi seorang guru nanti kerana guru -guru bakal berhadapan dengan pelbagai karakter murid-murid...so bila kt stdy teater pelbagai watak kt dpt jd dan tahu mcm mn menjiwai sst watak..dan bila slh 1 watak yg kt pernah jiwai  itu ada pd murid..maka senang utk kt memahami jiwa murid-murid itu.Selain itu guru-guru juga perlu pandai mengawal kls..so dgn teater kt knl kawal semua penonton supaya tertarik dgn lakonan kite...dr situ kite dpt aplikasikan cara nk mengawal kls apabila menjadi guru.

JUMAAT (14/9/2012)

Kami berempat telah diterangkan mengenai tugas yang akan kami lakukan untuk memenuhi keperluan subjek asas vokal teater dan seni lakon awalan.Kami perlu buat Aspresiasi lakon/blog yang membawa markah sebanyak 30%,penilaian berterusan praktik lakon juga sebanyak 30% dan satu penilaian akhir,dimana kami akan membuat persembahan dan produksi yang membawa markah sebanyak 40%.

RABU (19/9/2012)


Hari ini kami belajar mengenai sejarah lakonan serta beberapa ciri-ciri lakonan yang terbahagi kepada 3 iaitu lakonan fisiologi,psikologi dan sosiologi.Selain itu,kami juga tahap-tahap lakonan seperti eksploitatif,lampau amatur,mekanikal dan representational .Eksploitatif  bermaksud lakonan yang hanya menggunakan rupa dan bentuk tubuh.Bermakna seseorang pelakon itu hanya cantik dan kacak serta hanya melakonkan watak itu tanpa penghayatan yang baik.Yang kedua ialah Lampau amatur.Lampau amatur ialah melebih-lebihkan sesuatu watak,contohnya apabila marah,pelakon tersebut mesti campak barang dan menggunakan suara yang kuat.Mekanikal pula ialah lakonan yang bersifat klise iaitu sudah biasa dilakonkan.Sebagai contoh marah mesti menumbuk-numbuk tapak tangan dan meninggikan suara.Akhir sekali representational.Representational ialah pelakon yang telah membuat kajian watak serta masuk ke dalam watak apabila melakonkannya dan akan dapat dirasai oleh penonton.Tahap lakonan inilah yang baik dan harus ada pada setiap pelakon.Kami juga belajar mengenai jenis-jenis pentas.Antara jenis pentas ialah trust,proscenium dan arena.Trust ialah pentas yang mempunyai penonton di kiri,kanan dan depan.Prosenium pula ialah pentas yang hanya mempunyai penonton di depan sahaja dan arena ialah pentas yang mempunyai pentas bentuk bulat serta penonton di keliling.

ISNIN (28/9/2012)

Hari ini merupakan kelas pertama asas vokal teater bersama Puan Mardiana.Puan Mardiana telah mengajar saya dan rakan-rakan mengenai Teknik Alexander yang mengandungi breathing,alignment yang dirangkumi increasing enrgy serta isolation.Antara yang elemen dalam menghasilkan vokal ialah mulut,perut,peti suara atau vokal cord,rahang,lidah,dan rusuk.Kesemua elemen ini penting untuk membina stamina.Kami juga diajar teknik bubling dan menyebut konsonan a,e,i,o,u dengan betul.Secara keseluruhan kelas Puan Mardiana banyak melakukan senaman bagi membina stamina dan vokal yang baik.

ISNIN (1/10/2012)

Hari ini kelas vokal dan asas lakonan berjalan seperti biasa.Di awal kelas kami telah melakukan senaman dan diikuti dengan senaman untuk memantapkan vokal kami iaitu heel rock,pelvic lift,spinal roll dan folded lift.emm perlu ke saya nk terangkan satu persatu....heehe korang search kt google yer huhu....zaman teknologi kn.... :).Seterusnya bagi kelas asas lakonan saya dan rakan-rakan  yang lain diajar tentang ekspresi muka marah,sedih,gembira serta diajar menggunakan teknik lakonan gibrish iaitu bercakap tanpa mengeluarkan dialog.Ia seolah-olah seperti orang yang tidak boleh bercakap dengan baik.

RABU (3/10/2012)

Kelas diteruskan dengan teknik vokal do,re,mi,fa so,la,ti,do bagi membantu stamina vokal kami.Mengikut kata Puan Mardiana suara saya banyak tersekat di hidung dan tidak sampai di kepala.Oleh itu Puan Mardiana mengalakkan saya dan rakan-rakan melakukan latihan ini setiap pagi untuk memperbaiki vokal kami.Selepas itu kami telah diberi skrip untuk pertandingan monolog yang bertajuk 'hanjing' dan 'YB Jee'.Puan mengarahkan kami membaca skrip yang telah diberi dengan intonasi dan aksi sendiri.Kami semua telah diajar teknik pembacaan skrip yang betul.

ISNIN (8/10/2012)

Hari ini Puan Mardiana telah mengajar kami mengenai watak dan perwatakan.Di awal kelas kami telah di beri latihan memanaskan badan yang dikenali sebagai relaxing.Relaxing yang kami lakukan ialah baring di lantai sambil meregangkan kaki dan tangan,kemudian kami humling.Selepas itu,kami berempat telah diberi watak untuk dilakonkan.Puan Mardiana menyuruh kami mencabut undi watak masing-masing dan tidak memberitahu rakan-rakan yang lain mengenai watak yang telah kami dapat.Seterusnya kami dikehendaki melakonkan watak masing-masing.Saya telah mendapat watak penjual vcd haram yang pekak,Wana watak seorang chef yang berebut teksi untuk pergi ke pasar,Fifah perempuan mengandung yang telah diragut dan Jay watak seorang perempuan yang berlagak diva.Tugasan ini amat mencabar bagi kami kerana dalam masa yang agak singkat kami dikehendaki melakonkan watak dan perwatakan yang diberi tanpa sebarang persediaan yang rapi.Kesimpulannya kami hendaklah sentiasa bersedia jika dapat watak dan perwatakan yang diberi dalam masa yang singkat dan seterusnya memahami watak dan perwatakan dengan baik untuk disampaikan kepada penonton.Hari ini juga kami telah diberi skrip monolog yang baru iaitu yang berkisarkan kisah pada zaman Rom dan monolog kami adalah monolog klasik yang begitu mencabar  diri kami kerana teater klasik ini amat jauh berbeza dengan teater moden.Setelah mendapat skrip  monolog ,kami di terangkan sinopsis,memahami watak dan perwatakan yang bakal kami lakonkan untuk pertandingan monolog.

RABU (10/10/2012)

Pada hari ini kelas kami diteruskan seperti biasa dengan fokus kepada lakonan monolog masing-masing.Bermula dengan Jay yang memulakan lakonan monolognya,kemudian diikuti saya,Fifah dan Wana.Selepas setiap orang melakonkan watak monolog,Puan Mardiana memberi komen dan memperbaiki kelemahan masing-masing.En Eddy juga datang membantu kami berempat untuk meghayati watak monolog seperti Hamlet,Media dan lain-lain.Kami dikehendaki memahami watak dengan baik untuk teater monolog ini.

No comments:

Post a Comment