kalau berpacaran

Wednesday, July 29, 2009

PENGALAMANKU...

Pada suatu hari ketika aku membaca surat khabar,aku terjumpa iklan program Anak Wayang Astro.Apabila aku membaca iklan tersebut, aku sungguh tertarik dengan ujibakat yang akan diadakan di SACC MALL Shah Alam dan dengan itu aku membuat keputusan untuk mengahadirkan diri aku pada ujibakat Anak Wayang.Untuk pengetahuan anda,ini merupakan pengalaman pertama aku menghadiri ujibakat,bermacam-macam perasaan dalam diri aku...emm berani,takut dan gemuruh.Pada hari ujibakat tersebut ,aku pergi ujibakat itu bersama kawan karibku serta adikku.Di sana aku sungguh tidak menyangka ramainya ribuan manusia yang datang untuk di ujibakat dan kami terpaksa beratur panjang untuk mengambil borang dan nombor giliran...sungguh penat..Setelah selesai mengisi borang dan mengambil nombor giliran kami terpaksa menunggu sehingga pukul 1.00 pagi untuk masuk ke bilik ujibakat.Nasib baiklah rumah aku sekitar daerah Shah Alam,jadi aku dan kawanku pulang ke rumah untuk berehat dan datang semula ke tempat ujibakat pada waktu malam.Ummm...akhirnya kami selesai diujibakat sekitar pukul 2 pagi...dan aku tidak lulus peringkat pertama pada ujibakat tetapi kawanku lulus pada peringkat pertama sahaja..tetapi gagal ke peringkat seterusnya.Walaubagaimanapun, ini merupakan pengalaman pertama aku diujibakat dan berasa sungguh seronok kerana dapat mengutip pengalaman baru dalam hidupku...dari ujibakat inilah aku dapat membina keyakinan diri aku untuk berdepan dengan seseorang...sekian.....

No comments:

Post a Comment