kalau berpacaran

Thursday, June 6, 2013

KELAS PERGERAKAN KREATIF TEATER..... :)

JURNAL REFLEKSI  PERGERAKAN  KREATIF TEATER .( REFLEKSI MINGGUAN)

Rabu (20/2/2013) ( minggu 1)
Pada minggu ini kelas tiada kerana pensyarah sedang menyusun jadual kelas pergerakan kreatif yang sesuai bagi saya dan rakan-rakan yang lain add subjek ini.

Rabu (27/2/2013) ( minggu 2)
Kelas hari ini diteruskan dengan pengenalan kepada Rancangan Instruksional (RI) oleh Encik Edi dan tugasan-tugasan yang akan kami lakukan di dalam subjek ini.Bagi jurnal apresiasi sebanyak 30%  markah diperuntukkan yang merangkumi jurnal refleksi 10%,menulis aspresiasi persembahan 15% dan blog  5%.Seterusnya penilaian berterusan sebanyak 30% dan penilaian akhir 40%.

Rabu (6/3/2013) (minggu 3)
Kelas hari ini, kami diperkenalkan tentang pergerakan lokomotor dan bukan  lokomotor.Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari atau boleh bergerak dan beredar dari kedudukan setempat.Pergerakan bukan (non lokomotor) ialah aksi pergerakan keseluruhan tubuh badan yang masih kekal di tempat.Kami berempat iaitu saya,Jainah,Wana dan Fifah diminta mendemonstrasikan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.Kami berasa amat seronok kerana dapat melakukan pergerakan kreatif yang merupakan ilmu yang sangan menarik untuk kami pelajari.


Rabu (13/3/2013) (minggu 4)
Hari ini kelas diteruskan dengan pembelajaran pergerakan kreatif lokomotor dan non lokomotor yang melibatkan ruang.Ruang ialah kawasan-kawasan yang membabitkan pentas persembahan,ruang studio latihan,ruang-ruang tempat awam) yang digunakan semasa melakukan pergerakan.Ianya terbahagi kepada 2 iaitu ruang diri dan ruang  am.Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti:
a)      Aras-tinggi,sederhana,rendah.
b)      Arah-hadapan,belakang sisi,atas,bawah.
c)      Aliran-lurus,berliku-liku,zig-zag,bulatan.
d)     Ekstensi-mengecil,membesar.


Selepas itu di dalam kumpulan kami diminta menghasilkan pergerakan kreatif lokomotor dan non lokomotor menggunakan ruang yang melibatkan aras tinggi,sederhana dan rendah dengan menggunakan tema “mengapai awan”.Saya perlu melakukan pergerakan pada aras tinggi,Wana pada aras rendah,Jay dan Fifah pada aras sederhana.Walaubagaimanapun aras kami akan berubah ketika melakukan pergerakan kreatif.Apabila Wana berdiri dan berada pada aras sederhana,Fifah mengambil aras bawah dan saya pula bertukar aras dengan Jay,di mana saya mengambil aras sederhana dan Jay mengambil aras tinggi.Kami berempat hanya diberikan kerusi sebagai props.Apabila aras tinggi dikehendaki berdiri di atas kerusi,aras sederhana pula di tepi kerusi dan aras bawah di bawah kerusi.Kami sangat seronok kerana dapat mempelbagaikan pergerakan kami mengikut aras.

 Rabu (20/3/2013) (minggu 5)
Kelas hari ini diteruskan dengan pergerakan yang melibatkan arah-hadapan,belakang sisi,atas,bawah,aliran-lurus,berliku-liku,zig-zag,bulatan,ekstensi-mengecil dan membesar.Kami berempat diminta mendemonstrasikan kesemua pegerakan di atas dengan menggunakan motif-motif tertentu seperti motif kasih sayang,pahlawan,sedih,kecewa dan sebagainya.

Rabu (27/3/2013) (minggu 6)
Pada hari ini kami melakukan pergerakan kreatif mengikut masa seperti cepat,perlahan,slow motion dan serta merta.Selain itu kami juga belajar mengeani aspek beban.Aspek beban ialah merupakan kualiti pergerakan seperti kuat,lembut,ringan dan tenang.Kami diminta melakukan pergerakan menggunakan kiraan slow motion serta membuat satu “pose” yang merangkumi aspek beban seperti pergerakan halus-ringan seperti “kapas yang ditiup angin” dan  berat-kuat seperti “gajah yang sedang mencari air mengunakkan belalai”, “belon yang terbang di udara” dan pelbagai lagi.Seterusnya,kami juga melakukan pergerakan  “isolation” iaitu pergerakan yang fokus kepada satu demi satu bahagian anggota badan yang bermula dari kepala,kemudian diikuti dengan jari,tangan bahu dan kaki.

Rabu  (3/4/2013) (minggu 7)
Kelas diteruskan dengan pengenalan pada Analisa Laban (Laban Movement Analisys) yang melibatkan aksi badan,kualiti pergerakan,ruang persekitaran dan perhubungan.Seterusnya dengan menggunakan muzik pelbagai genre kami melakukan pergerakan lokomotor dan non lokomotor.Kami melakukan pergerakan mengikut arahan yang telah diberi oleh Encik Edi.Sebagai contoh,En.Edi menyuruh kami melakukan pergerakan bertemakan “kapas yang berterbangan ditiup angin dan akhirnya tersangkut di dahan pokok”,selepas itu,pergerakan bertemakan seekor “serangga yang sedang mencari air” “daun yang ditiup angin”, “pokok yang ditiup angin” dan pokok yang dahannya telah dinaikki seekor serangga serta seekor gajah yang sedang mencari air menggunakan belalainya.Pergerakan ini perlu menggunakan imaginasi yang tinggi dan kreatif untuk melakukannya.Sebagai contoh apabila menjadi seekor serangga tidak semestinya kita perlu merangkak tetapi sebaliknya,kita boleh menggunakan pelbagai pergerakan kreatif yang lain bagi melambangkan seekor serangga.

Seterusnya kami melakukan pergerakan berdasarkan fokus atau tumpuan seperti kami membayangkan ada api di dinding yang sedang merebak dan mata kami semakin menghampiri dinding yang terbakar.Melalui pergerakan fokus atau tumpuan kami dapat melakukan pergerakan yang penuh imaginasi dan penghayatan seperti seolah-olah kami dapat merasakan api yang telah merebak di dinding.Akhir sekali,kami melakukan pergerakan lokomotor yang bertemakan diri kami sebagai seramik atau pinggan seramik.Dengan membayangkan diri kami sebagai pinggan seramik,kami perlu melakukan pergerakan dengan penuh berhati-hati agar pinggan tersebut tidak pecah.Tujuan pergerkan ini ialh untuk memfokuskan kami pada satu motif atau tema dengan baik supaya ketika melakukan pergerakan yang bermotif,kami mempunyai imaginasi motif tersebut dengan baik tanpa melakukan perherakan sewenang-wenangnya tanpan arah tuju.Kami diarahkan untuk membuat pergerakan kreatif di dalam kumpulan dengan bermotifkan pada kanak-kanak OKU.

Rabu (17/4/2013) (minggu 8)
Kelas pada hari ini diteruskan dengan penumpuan pada persembahan akhir.Encik Edi berbincang mengenai persembahan akhir yang akan saya dan rakan-rakan yang lain lakukan.Saya akan membuat pergerakan kreatif yang berkaitan dengan teater monolog saya iaitu “jamban”.Pergerakan kreatif  Teater Jamban akan saya lakukan di hadapan Pintur Timur dan Dewan Kolej Ungku Omar UPSI.Sementara itu,Wana,Jay dan Fifah akan membuat pergerakan kreatif berkaitan dengan Teater Binatang.Pada hari ini,Encik Edi juga berbincang mengenai kostum yang akan saya pakai pada persembahan akhir iaitu plastik sampah yang akan dijadikan baju dan saya juga telah diberi skrip teater monolog “jamban” untuk dihafal dan memahami jalan ceritanya.


Rabu (24/4/2013) (minggu 9)
Kelas diteruskan dengan latihan teater eksperimental serta pergerakan kreatif  bagi teater tersebut.Encik Edi telah membuat pembacaan skrip teater “kuasa” bersama Wana ,Jay dan Fifah,kemudian mereka telah berbincang mengenai sinopsis cerita tersebut dan pembahagian watak teater “kuasa”.Sementara itu,saya meneruskan latihan teater “jamban” dan Encik Edi telah menerangkan kepada saya mengenai aksi pergerakan kreatif yang akan saya lakukan dalam teater ini tanpa menggunakan props yang banyak tetapi hanya menggunakan pakaian plastik sampah sebagai simbol seorang pencuci tandas awam.

Rabu (1/5/2013)(minggu 10)
Kelas pada hari dibatalkan sempena cuti hari pekerja.

Rabu (8/5/2013)  (minggu 11)
Kelas pada hari ini diteruskan dengan latihan teater eksperimental jamban.Encik Edi memperbaiki lakonan teater jamban saya  serta aksi-aksi pergerakan kreatif di dalam teater ini.Sememangnya pada hari ini saya telah mendapat gambaran untuk melakonkan watak seorang pencuci tandas awam yang menghadapi pelbagai konflik ketika mencuci tandas.Selepas itu,Encik Edi memperbaiki pula lakonan Jay,Wana dan Fifah bagi teater kuasa.

 Khamis dan Jumaat (16 & 17/5/2013) (minggu 12)
Hari ini merupakan penilaian akhir bagi Teater Mak Yong "Anak Raja Gondang" dan Teater Eksperimental "Jamban".Alhamdulilah kami semua telah melakukan yang terbaik untuk penilaian akhir ini dan mendapat respon positif daripada penonton yang hadir.Majoriti penonton menyukai lakonan Mak Yong yang penuh dengan unsur-unsur komedi.Sebaliknya bagi teater eksperimental pula,penonton dapat merasai emosi pelakon yang membawakan pelbagai watak sedih,gembira dan tension.

 BERIKUT IALAH BEBERAPA GAMBAR KETIKA PEMENTASAN TEATER EKSPERIMENTAL: