kalau berpacaran

Sunday, May 12, 2013

KELAS TEKNIK & GAYA LAKON........ :)


JURNAL REFLEKSI MINGGUAN TEKNIK DAN GAYA LAKON.

Minggu 1 (21/2/2013) (Khamis)
Kelas hari ini Encik Edi berbincang tentang Rancangan Instruksional (RI) dan tugasan yang akan diberikan.Tugasan yang akan dilakukan iaitu jurnal apresiasi 30% dengan menonton dan mengeskspresiasikan persembahan lakonan ke dalam bentuk penulisan dengan menekankan teknik dan gaya lakon yang dipergunakan berdasarkan panduan analisa teori lakonan dari pelbagai tokoh,tugasan ini membawa markah sebanyak 15%,Lagi 15%,kami dikehendaki menulis laporan jurnal refleksi mingguan juga membawa 15% markah.Persembahan akhir sebanyak 40% termasuk Mak Yong dan Teater Moden.Pada hari ini juga kami diperkenalkan mengenai Mak yong oleh Puan Mardiana.

Minggu 2 (28/2/2013)  (Khamis)
Hari ini kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Yaya dan Munirah kumpulan 1,Athirah dan Syafiqah kumpulan 2,Mastura dan Ain kumpulan 3 dan saya,Jay,Wana dan Fifah kumpulan 4.Kumpulan 1 dikehendaki membincangkan mengenai jenis-jenis lakonan Stanislavsky,kumpulan 2  mengenai pendekatan Stanislavsky,kumpulan 3  membincangkan teknik lakonan Mayerhold atau biomekanik dan kumpulan 4 teknik lakonan Berto Brecht.

Minggu 3 (7/3/2013) (Khamis)
Hari ini pembentangan kumpulan 1 dan 2  bermula.Kumpulan 1 menceritakan jenis-jenis lakonan Stanislavsky.Jenis-jenis lakonan Stanislavsky ialah lakonan eksploitatif,lampau amatur,mekanikal dan representational.Seterusnya kumpulan 2 membentangkan tentang pendekatan Stanislavsky.Kesemua ini telah saya terangkan di dalam teknik dan metode lakonan yang telah diperkenalkan di atas.Encik Edi membuat kesimpulan dan meminta kami memberi penambahbaikan atau pendapat.

Minggu 4 (14/3/2013) (Khamis)
Pembentangan kumpulan 3 mengenai teknik lakonan Mayerhold dan kumpulan 4  teknik lakonan Berto Brecht.Kesemua penerangan mengenai teknik-teknik ini telah saya terangkan di atas dalam tajuk teknik dan metode lakonan yang telah diperkenalkan.Seperti biasa Encik Edi akan membuat kesimpulan dan penambahbaikan.

Minggu 5 (21/3/2013) (Khamis)
Kami telah diberi skrip Mak Yong yang bertajuk “Anak Raja Gondang”.Pembacaan skrip dan pemberian watak dalam teater Mak Yong dimulakan pada hari ini. Saya telah mendapat watak Peran Tua.Jay.Hari ini juga Puan telah uji bakat suara Wana,Jay,Fifah,Athirah,Munirah, Yaya dan Syafiqah untuk mengenalpasti siapa di antara mereka yang sesuai untuk menyanyikan lagu”menghadap rebab” dan “bersiram”.


Minggu 6 (28/3/2013) (Khamis)
Hari ini kelas diteruskan dengan latihan tarian menghadap rebab yang dibimbing oleh Puan Mardiana.Tarian ini terlalu banyak gerak tarinya dan kami perlu membuat latihan yang kerap dan secara step by step untuk mendapat gerak tari yang cantik dan menarik.Jay yang menyanyi lagu menghadap rebab sambil kami yang lain membuat tariannya.

Minggu 7 (4/4/2013) (Khamis)
Kelas hari ini diteruskan dengan latihan nyanyian lagu menghadap rebab dan bersiram bersama-sama dengan pemuzik Mak Yong UPSI di bilik muzik.Seterusnya latihan tarian menghadap rebab  diteruskan di Panggung Budaya untuk memahirkan gerak tari kami semua.

Minggu 8 (18/4/2013) (Khamis)
Kelas hari ini diteruskan dengan latihan lakonan Mak Yong.Puan Mardiana menyuruh kami membaca skrip secara sepintas lalu.Selepas itu kami meneruskan latihan tarian menghadap rebab dan lakonan mak yong.Ketika lakonan Mak Yong kami dikehendaki mengimprovisasikan watak atau berlakon secara spontan tanpa bergantung pada skrip untuk menghayati watak yang diberi dengan baik.Kami semua telah bermain dengan lakonan masing-masing dan masih cuba memperbaiki lakonan secara spontan kami dari semasa ke semasa.



Minggu 9 (25/4/2013) (Khamis)
Kelas diteruskan dengan latihan teater Mak Yung Anak Raja Gondang.Setiap pelakon dikehendaki berlatih bersama pasangan masing-masing bagi setiap babak yang akan dilakonkan.Saya,Jay dan Syafiqah telah berlatih bersama  bagi menjayakan watak peran tua,batak dan bonda.Selepas itu kami  semua memulakan latihan penuh teater Mak Yung di hadapan Puan Mardiana dan Encik Edi.Semasa latihan penuh,Encik Edi dan Puan Mardiana membuat penambahbaikan pada setiap watak bagi mencantikkan lagi cerita Mak Yung kami.Sememangnya latihan yang kerap telah membantu kami memimprovisasikan watak di dalam teater ini.

Minggu 10 (2/5/2013) (Khamis)
Kelas hari ini diteruskan dengan sesi penggambaran teater Mak Yung untuk poster dan banner yang akan kami promosikan kepada pelajar-pelajar upsi pada minggu hadapan.Kami semua sangat seronok dengan sesi pengambaran teater Mak Yung kerana pelbagai aksi untuk penggambaran dapat kami lakukan dan setelah di make up watak kami semua lebih nampak hidup.

Minggu 11  (9/5/2013) (Khamis)
Kelas diteruskan dengan latihan lakonan Mak Yong “Anak Raja Gondang” dengan bimbingan Encik Edi dan Puan Mardiana.Encik Edi dan Puan Mardiana mengarahkan kami memulakan latihan dari babak permulaan hingga akhir kemudian Encik Edi serta Puan Mardiana memperbaiki lakonan kami agar nampak lebih menarik.Selain itu,kami juga berlatih cara untuk mengakhiri teater Mak Yong “Anak Raja Gondang”.Latihan pada hari ini lebih difokuskan kepada watak Peran,Bonda dan Batak kerana mereka merupakan watak utama di dalam teater ini.

Minggu 12 (16/5/2013) (Khamis)
Pada hari ini merupakan penilaian akhir kami bagi subjek ini.Pementasan Teater Mak Yong "Anak Raja Gondang" diadakan di Dewan Kolej Ungku Omar.Kami semua telah membuat persembahan dengan sehabis baik sebagaimana yang telah di ajar dan dibimbing oleh Encik Edi dan Puan Mardiana.Alhamdulilah,persembahan teater kami pada malam ini telah mendapat respon yang sangat positif daripada penonton.Majoriti penonton mengatakan bahawa lakonan kami amat kelakar dan telah menghiburkan mereka semua.

Berikut ialah beberapa gambar ketika persembahan akhir Teater Mak Yong "Anak Raja Gondang"